RAUB, 28 Mac — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Terawih ketika berangkat tiba pada Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk daerah ini di Masjid Sultan Abu Bakar,hari ini.
Turut menunaikan solat anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah (empat dari kiri),Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah (tiga dari kiri) serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (enam dari kiri).