Lebih 5,000 Orang Bakal Terima Bantuan Program Seronok Beraya Di Perak
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Salbiah Mohamed berkata program itu juga bertujuan membawa keseronokan kepada anak-anak dalam kumpulan yang layak menerima bantuan itu.
Beliau berkata selain itu pihaknya telah merancang pelbagai program dalam bulan Ramadan ini bagi membantu golongan sasar bersama NGO, antaranya acara berbuka puasa bersama anak yatim, golongan asnaf dan pejuang kanser serta program turun ke rumah-rumah anak yatim.
Beliau berkata demikian pemberita selepas menyempurnakan Program Bual Bicara sempena Sambutan Hari Wanita Negeri Perak 2023 di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. – BERNAMA