Pemilihan UMNO 2023: Proses Pendaftaran Calon Berakhir

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Pendaftaran pencalonan bagi Pemilihan UMNO 2023 yang telah bermula sejak 13 Februari lalu berakhir hari ini.

Terdahulu proses pendaftaran calon berlangsung bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Proses pendaftaran berlangsung lancar di seluruh negara dengan pencalonan bagi peringkat bahagian dilaksana di bahagian masing-masing sementara untuk peringkat pusat di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn.

Pendaftaran di peringkat pusat melibatkan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Dilaporkan, cabutan nombor calon bagi peringkat MKT UMNO, Exco Wanita, Exco Pemuda dan Exco Puteri akan diadakan
pada 2 Mac di Menara Dato Onn.

Untuk rekod, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) Tan Sri Shahrir Samad memaklumkan proses pengundian akan berlaku di peringkat bahagian dan beliau berharap agar urus setia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pengerusi JPU Bahagian masing-masing.

“Saya selaku Pengerusi JPU berharap agar para urus setia di bahagian memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pengerusi-Pengerusi JPU peringkat bahagian kerana pengundian kita akan berlaku di peringkat tersebut.

“Saya harap peringkat bahagian akan beri kerjasama sepenuhnya kepada Pengerusi JPU untuk bersama-sama mengendalikan pemilihan di peringkat bahagian dan pusat bermula daripada proses pendaftaran calon-calon sehingga hari mengundi.” – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit