KUALA LUMPUR, 21 Feb — Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Mastura Ahmad Mustafa selepas sesi perbincangan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA 2023) di sebuah hotel hari ini.
Turut hadir, Pengarah Projek Hawana merangkap Ketua Penyiaran (TV dan Radio) Bernama, D. Arul Rajoo dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama (menanggung tugas Ketua Pengarang) Jamaluddin Muhammad (empat, kiri).