KUALA LUMPUR, 13 Feb — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melambai ke arah media ketika berangkat meninggalkan Dewan Rakyat selepas menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini.