Pertahankan Institusi UMNO Walau Berbagai Cercaan Diterima – Mustafa Musa

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ahli-ahli UMNO perlu terus memelihara dan menghormati institusi prrsiden dan kepimpinan parti, kata wakil pembahas Melaka Datuk Mustafa Musa yang berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 Sabtu lalu. 

Katanya ini kerana Presiden UMNO termasuklah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sering dipalit dengan berbagai cercaan ketika mengemudi parti keramat ini.

“Dikala UMNO semakin terpalit dengan musibah dan penghinaan… siapa yang tampil membela nusa dan yang menghulurkan tangan membawa naik ke dataran yang penuh debu.

“Ketika dimintanya bubarkan UMNO pemimpin kita pertahankan parti … jika tidak kita tidak mungkin berada di sini serta ahli parti pasti akan terkapai-kapai. Presiden UMNO tidak mementingkan diri, tidak gila jawatan… kalau gila jawatan sudah lama parti ini dikuburkan.

“Siapakah yang mengemudi tujuh kali PRK? Siapa yang sanggup diseret saban hari ke mahkamah dengan tuduhan yang direka? Siapa yang memimpin parti ketika PRN Melaka dan Johor serta menang besar,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh dari perwakilan.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC).

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka mengharapkan pemimpin-pemimpin terus mendekati pengundi-pengundi muda yang mahukan sentuhan kasih.

“Pengundi muda mendambakan sentuhan kasih sayang dari pemimpin-pemimpin UMNO. Pengundi muda mahu kita merasai mentaliti gerak nadi semangat dan juga keseronokannya.

“Setiap antara kita harus bertanggungjawab atas kesilapan. Kekalahan dan kelemahan dalam medan tempur ini hanyalah lanskap perubahan citarasa pengundi masa kini,” jelas beliau.

Tegasnya, kajian telah menunjukkan kurang 30 peratus pengundi muda yang undinya jatuh kepada UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit