Percaya Ada Cahaya Di Hujung Terowong Buat UMNO, Fokus Depani PRN – Rahman Dahlan

 

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berpandangan intipati Taklimat Presiden yang dilaksanakan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi simbolik kepada kebangkitan kepada parti.

Katanya ini termasuk dalam melaksanakan strategi terbaik terutama untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri kelak.

“Kekuatan UMNO dari nilai-nilai konservatifnya dan juga mungkin kekuatan Pakatan Harapan (PH) dengan nilai-nilai progresif, reformasi jika diolah dalam satu bentuk yang lebih besar akan memberikan tawaran yang lebih menarik kepada rakyat Malaysia jika dibandingkan kepada parti-parti lawan kita nanti.

“Kita tidak perlu berfikiran pesimistik bahawa memang ada cahaya di hujung terowong dan perlu bersifat optimistik dalam berhadapan dengan PRN yang akan berlaku dalam masa yang singkat ini.

“Saya kira itu akan menyebabkan gabungan itu akan mempunyai nilai konservatif dan juga reformasi, progresif yang dibawa oleh semua komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan ini,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau dalam pada itu turut menyambut baik dengan ketegasan Timbalan Perdana Menteri itu bahawa akan menjunjung tinggi perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan negara terutama melibatkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu.

“Itu tidak ada kompromi, Presiden mengatakan bahawa dalam Kerajaan Perpaduan ini akan terus menjaga teras serta tiang seri demokrasi yang juga perjuangan UMNO, institusi Raja, Bahawa Melayu, kepentingan agama Islam, Bumiputera, Melayu dan sebgainya itu tidak boleh dikompromi.

“Presiden juga mengingatkan supaya membawa semangat kerjasama di antara Kerajaan Perpaduan bukan sahaja peringkat di atas tetapi sampai ke peringkat akar umbi.

“…dari situ saya melihat bahawa PRN ini berikan tawaran percantuman nilai-nilai konservatif yang dibawa UMNO, ini tawaran yang lebih hebat kepada rakyat dibandingkan dengan parti lawan,” ujar beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.