UMNO Kelantan Sokong Kenyataan Presiden, Susun Gerak Kerja Untuk PRN – Ahmad Jazlan

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan telah membuat ketetapan dengan memberi sokongan sepenuhnya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata UMNO Kelantan juga dalam rangka menyusun gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan yang dijangka berlaku pada bila-bila masa sahaja.

jazlan kelantan“UMNO Kelantan menolak sekeras-kerasnya segala perbuatan khianat yang melemahkan struktur dan strategi parti bagi memenuhi kehendak agenda individu.

“UMNO Kelantan juga meminta agar mana-mana pihak yang didapati mengkhianati parti di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas diambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu Presiden UMNO telah berucap dalam Taklimat Presiden yang diadakan di Dewan Merdeka hari ini bagi menghadiri sesi Taklimat Presiden UMNO, sebentar tadi.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga Sabtu. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit