Serah Terima Tugas Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara

KUALA LUMPUR 21 DISEMBER – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Majlis Menghadap Serah Terima Tugas Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, hari ini.Pada majlis itu, Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin telah menyerahkan tugas kepada penggantinya, YBhg. Brigedier Jeneral Dato’ Zahari Mohd Ariffin.
Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Ahmad Fadil yang telah memikul amanah dan tanggungjawab sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara sejak bulan Januari 2019 akan berkidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), bermula Januari 2023.
Sebelum bertugas di Istana Negara, beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Poland dan Qatar.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.