Politik Khidmat Bakti Lagi?

PANTAI Timur sekali lagi dilanda banjir besar, saya dimaklumkan yang banjir di Kuala Krai mungkin akan seperti banjir besar pada 2014 yang menyaksikan kerosakan yang amat teruk.

Begitu juga di Pahang & Terengganu serta kawasan-kawasan lain di Kelantan.

Presiden UMNO juga merupakan Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah telah turun padang dan mengumumkan beberapa inisiatif bagi membantu mempercepatkan usaha menangani masalah banjir.

Kedengaran juga suara-suara dari dalam parti bertanya bila UMNO nak mula menggerakkan jentera parti untuk membantu.

Sejujurnya pasca PRU15 ini saya memahami perasaan ahli-ahli UMNO yang berbelah bahagi.

Tidak siapa boleh menafikan yang UMNO telah memberikan segala-galanya kepada rakyat selepas PRU14 hinggalah menjelang PRU15.

UMNO menjadi juara rakyat dalam menghadapi kerajaan PH..

UMNO menjadi juara rakyat dalam menghadapi kerakusan kerajaan PN Mahaidin.

UMNO menjadi juara rakyat dalam mengimbangi kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri.

UMNO menjadi juara rakyat dalam menghadapi bencana-bencana.

Namun segala usaha UMNO tidak dihargai dan di ambil sebagai merit ketika rakyat memangkah kertas undi.

Teruknya segala jasa UMNO/BN dibakulsampahkan oleh rakyat hinggakan orang yang merayu-rayu UMNO untuk mendesak pengeluaran One-Off KWSP RM10K sendiri tidak mengundi BN.

Teruknya segala jasa UMNO/BN dibakulsampahkan oleh rakyat hinggakan orang yang mengibarkan bendera putih dan di bantu UMNO kerana PKP separuh masak di buat oleh Mahaidin sendiri tidak mengundi BN.

begitu teruk sekali jasa-jasa UMNO dilupakan.

jadi adakah relevan lagi politik khidmat bakti ini kerana mereka yang tak beriya membantu rakyat lebih dipilih oleh rakyat berbanding mereka yang mengabdikan diri untuk rakyat.

Adakah patut khidmat bakti itu dilakukan melalui NGO atau secara individu dan bukan lagi parti kalau pahala serta keberkatan Illahi yang kejar.

atau sepatutnya politik khidmat bakti seadanya sahaja dan tidak sampai perlu perlu ada gerakan skala besar seperti sebelum ini?

atau sepatutnya UMNO mencontohi parti-parti politik yang berjaya memenangi hati rakyat hari ini dengan hanya perlu bermain persepsi sepanjang masa?

itu persoalan utama yang UMNO perlu tanyakan dalam merancang hala tuju pasca PRU15 ini.

Mohd Shukry Bin Roslan
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang
𝗑𝗼 𝗔𝗡𝗹𝗢 𝗨𝗠𝗑𝗒: 𝟒πŸ₯𝟧𝟩𝟦𝟩𝟩𝟀

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit