Ahmad Zahid TPM, Mohamad Hasan Menteri Pertahanan
KUALA LUMPUR, 2 Dis – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) manakala Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Menteri Pertahanan di bawah Kerajaan Perpaduan.
Pelantikan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media secara langsung berkaitan Kabinetnya di Putrajaya malam ini.
Selain Ahmad Zahid yang juga bertanggungjawab sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, turut dilantik sebagai TPM adalah Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Perladangan dan Komoditi).
Manakala Naib Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjawat jawatan Menteri Luar Negeri.
Berikut senarai penuh Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan:
Perdana Menteri / Menteri Kewangan – Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri / Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri / Menteri Perladangan dan Komoditi – Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Pengangkutan – Anthony Loke Siew Fook
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Mohamad Sabu
Menteri Hal Ehwal Ekonomi – Mohd Rafizi Ramli
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan – Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan – Datuk Seri Mohamad Hasan
Menteri Kerja Raya – Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Saifuddin Nasution
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Pengajian Tinggi – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Chan Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Seri Nancy Syukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Datuk Seri Salehuddin Ayub
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi) – Datuk Seri Azalina Othman
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – Nik Nazmi Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Datuk Ewon Benedict
Menteri Luar Negeri – Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Menteri Pelancongan – Datuk Seri Tiong King Sing
Menteri Komunikasi dan Digital – Ahmad Fahmi Fadzil
Menteri Pendidikan – Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan Negara – Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Sumber Manusia – Sivakumar Varatharaju Naidu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) – Datuk Mohd Na’im Mokhtar
Menteri Belia dan Sukan – Hannah Yeoh
Menteri Kesihatan – Zaleha Mustafa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) – Datuk Armizan Mohd Ali – UMNO ONLINE