PRU15: Ismail Sabri, Isteri Selesai Mengundi

BERA, 19 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong, di sini pada 10.27 pagi.

Selain beliau, turut mengundi di sekolah itu ialah isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin serta beberapa ahli keluarga yang lain.

Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bera dan keluarga yang berpakaian sedondon berwarna biru dan putih, tiba di pusat mengundi itu pada 9.20 pagi. – BERNAMA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.