Selamatkanlah UMNO Daripada Diharamkan Oleh Muhiyiddin, Mahathir Dan Sekutu!

KUALA LUMPUR, 18 Nov – “Ingatlah! Muhiyiddin kata UMNO akan dihanyutkan di dalam Sungai Muar. Jangan biarkan UMNO terus diperlekeh dan kita berdiam diri.”

Demikian gesa Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin yang yakin sekiranya 80 peratus pengundi keluar mengundi pada 19 Nov ini, UMNO pasti akan hanyut di dalam Sungai Muar.

Selari dengan itu Ahmad Zahid menegaskan bahawa BN perlu menang besar pada pilihan raya kali ini bagi menyelamatkan UMNO daripada diharamkan oleh Muyiddin, Mahathir dan sekutunya.

“Selagi watak tersebut berada di PN dan GTA juga di PH selagi itulah UMNO dalam bahaya besar.

“Selamatkanlah UMNO, undilah BN demi mempertahankan maruah dan harga diri UMNO daripada diaibkan, diperkotak-katik dan diperlekeh oleh musuh BN,” katanya.

Ini kerana katanya, kemenangan BN kali ini mampu menyelamatkan UMNO daripada percubaan untuk dibubarkan pada kali ke-2 sejak tahun 2018.

“Selepas PPBM membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH), salah satu langkah utama pemimpin utamanya, Muhiyiddin Yassin dan Mahathir cuba mengharamkan parti UMNO. Tindakan ini dilakukan untuk menghapuskan pengaruh akar umbi dan kedudukan parti berteraskan Melayu supaya parti PPBM boleh mengambil peranan dan menguasai undi Melayu.

“Malah saya sendiri diminta oleh Mahathir untuk membubarkan parti UMNO dan membawa kesemua ahli UMNO dan ahli parlimen menyertai parti PPBM secara besar-besaran.”

Tegas Ahmad Zahid menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya, Muhiyiddin juga sangat berdendam dengan UMNO.

“Apabila saya menolak dan tidak mahu memenuhi permintaan tersebut saya terus dikenakan pendakwarayaan terpilih.

“Saya juga diaibkan, diperlekehkan malah dilabelkan sebagai kluster mahkamah secara berulang-ulang diberikan persepsi tersebut selama bertahun-tahun. Malah ada menggunakan tuduhan jelik tersebut bukan sahaja untuk memburukkan nama saya, malah digunakan untuk memburukkan nama parti UMNO.

Apabila saya didapati tidak bersalah pertuduhan 40 kes perbicaraan oleh Mahkamah Tinggi tidak pula mereka melabel ini meminta maaf kepada saya. Malah ada yang busuk hati dan perangai terus cuba mengaibkan saya sekeluarga dan kerjaya politik saya,” katanya

Yang peliknya ujar Ahmad Zahid, pemimpin Lim Guan Eng dan Syed Saddiq juga berdepan kes mahkamah tapi tidak pula dilabelkan sebagai kluster mahkamah.

“Memang harga memperjuangkan dan mempertahankan UMNO sangat tinggi untuk ditanggung oleh saya sekeluarga. Akan tetapi demi maruah dan harga diri UMNO maka marilah kita seluruh ahli dan pendukung BN menegakkan kebenaran menuju sebuah negara hukum yang berdaulat.

“Pastikan sistem negara yang adil dan tidak ada pendakwarayaan terpilih berlaku lagi. Selamatkanlah UMNO daripada cubaan untuk diharamkan. Satu undi kepada Muhyiddin Yassin dan Mahathir serta sekutu mereka adalah satu undi untuk percubaan mengharamkan UMNO selepas pilihan raya ini. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit