Propaganda Pihak Lawan Tidak Laku, Sokongan Kepada BN Semakin Meningkat

SUNGAI BESAR, 18 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menzahirkan kesyukuran kerana sokongan semakin meningkat.

Menurutnya, rata-rata pengundi di Sungai Besar ini terus memberikan sokongan kepada calon BN dan ianya dilihat semakin meningkat.

“Alhamdulillah… sehari demi sehari sokongan BN di Sungai Besar ini semakin meningkat dan cukup hangat yang diberikan pengundi di sini terutamanya orang Melayu dan melihat pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, Pasir Panjang ini rata-rata 95 peratus mengenalinya dan kebanyakannya mengenali secara peribadi.

“Pada awalnya persepsi dan propaganda yang dimainkan oleh pihak lawan kepada kaum India dan Cina menyebabkan mereka percaya bahawa saya ini tak baik, namun apabila berkempen dari hari pertama sehingga kini pengundi melihat dan mendengar kempen dan sokongan daripada masyarakat bukan Melayu semakin bertambah.

“Saya berharap sekurang-kurangnya 20 peratus dari yang bukan Melayu dan 70 peratus dari kalangan orang Melayu dan amat yakin pada 19 November ini Parlimen Sungai Besar milik BN,” katanya ketika ditemui UMNO Online, di sini.

Seterusnya kata Jamal lagi, sepanjang berkempen di kawasan ini boleh dikatakan keadaan terkawal walaupun ada sedikit gangguan dari pihak lawan.

“Sungai Besar ini proses kempen ini aman dan damai cuma ada sedikit provokasi dari parti lawan tetapi sebenarnya apa yang mereka lakukan itu memberikan ‘rating’ yang lebih baik kepada BN. Pembangkang merasa tergugat dan tiada isu.

“Persiapan jentera pun bertambah mantap dan kami cuba menyelesaikan semua proses yang berkaitan dengan pilihan raya, kempen, jentera dan apa sahaja termasuk pengundi luar,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama beliau mengharapkan agar Parlimen ini sentiasa mendapat rahmat, keberkatan dan kejayaan.

“Saya berharap dan mendoa semoga Parlimen Sungai Besar ini mendapat kerahmatan dan keberkatan serta mendapat kejayaan yang berkat… itu yang paling mustahak,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

 

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit