Angin Perubahan Akan Berlaku Di Kuala Krai, Rakyat Mahu BN – Zuki

KUALA KRAI, 18 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Krai Datuk Mohamed Zulkepli Omar percaya angin perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini akan berlaku di kawasan itu.

Kata Ketua UMNO bahagian itu, ini berdasarkan ramai penyokong Pas di kawasan itu yang temui beliau menyatakan hasrat mahu memberi undi kepada BN setelah melihat banyak isu kemudahan asas dan infrastruktur tidak dapat selesaikan oleh kerajaan negeri dan ahli Parlimen sebelum ini.

“Kita lihat sekarang ini angin perubahan sudah mula bertiup. Kita (pernah) buat majlis anak perantau di Kuala Lumpur kehadiran amat memberangsangkan berbanding sebelum ini menjangkau lima enam kali ganda kehadiran. Jadi kita nampak anak-anak di perantauan sudah mula berubah.

“Kalau dulu balik ke kampung dia minta supaya keluarganya beri sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) ataupun Pas di negeri Kelantan tetapi hari ini dia sudah berubah dan Insya-Allah ramai di kalangan mereka berjumpa dengan saya dan kali ini memberi sokongan padu kepada BN.

“Dan kita membuat satu inisiatif untuk mendekati pengundi-pengundi muda dan saya melihat anak-anak muda hendak kepada UMNO kerana pendekatan kita dengan mereka,” katanya lagi kepada UMNO Online yang mewujudkan tim Tokkie bagi menyantuni anak-anak muda sebelum ini lagi.

Seterusnya ulas Zulkepli yang menggunakan nama Zuki di dalam kertas undi, untuk menjamin kemenangan, kesepaduan jentera di Pusat Daerah Mengundi (PDM) adalah paling utama.

“Itu sebab bagi saya untuk mencipta kemenangan, peti undi (PDM) kena mainkan peranan utama dan kita hendak melihat kekuatan jentera di peti undi.

“Kita mahu jentera yang dilantik termasuklah Pacaba bersama ahli jawatankuasanya, kenderaan, Jalinan Rakyat (JR) dan jentera pemuda mantap. Nampak ada kerjasama di peringkat peti undi,” jelasnya lagi.

Pada PRU15 ini, Parlimen Kuala Krai menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, Pas, PH dan Pejuang. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.