Orang Alor Gajah Mahu Pemimpin Muda, Berkaliber Bawa Suara Rakyat

ALOR GAJAH, 17 Nov – Rakyat di Alor Gajah meluahkan harapan mereka untuk melihat calon Barisan Nasional (BN), Shahril Hamdan diangkat menjadi Ahli Parlimen bagi membawa suara mereka di Dewan Rakyat.

Bagi Naraina Ctey Perumal, 69 tahun, seorang pesara beliau percaya dengan kebolehan Shahril dalam menangani isu-isu rakyat di kawasan ini.

“Saya mahukan pemimpin muda untuk bersama kami di Alor Gajah. Shahril ini saya lihat berkaliber.

“Mempunyai pendidikan yang baik, sudah tentu berpengetahuan luas dan bijak dalam menangani isu dan permasalahan rakyat.

“Kita mahu orang sebegini berada di Dewan Rakyat, saya percaya orang Alor Gajah tahu untuk memilih siapa,” katanya.

Perkara sama turut diharapkan oleh Muhammad Firdaus Johari, 30 tahun, menurutnya golongan muda seperti Shahril seharusnya diberi peluang dalam membawa dasar-dasar terbaik bagi rakyat khususnya di kawasan ini.

Peniaga itu pada masa sama meluahkan kebosanan melihat penyandang kerusi ini yang kononnya membawa projek inisiatif ‘kereta terbang’.

“Sedangkan banjir di kawasan tidak ditangani sebaiknya, inikan pula hendak bawa ‘kereta terbang’.

“Saya tidak mahu pemimpin seperti ini, sebaiknya perlu yang jelas bawa agenda pembangunan di sini,” ujar beliau.

Untuk rekod calon BN, Shahril pada PRU15 ini akan berdepan dengan saingan empat penjuru termasuk daripada penyandang iaitu Perikatan Nasional serta parti lain Pakatan Harapan dan Pejuang. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit