Johan Berjiwa Besar, Mampu Bawa Suara Hulu Langat Di Dewan Rakyat

HULU LANGAT, 16 Nov – Rakyat di Hulu Langat meluahkan harapan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini untuk menyaksikan ahli Parlimen yang diangkat kelak berupaya membawa suara mereka di Dewan Rakyat.

Bagi Kamarul Ariffin Mohd Khalid, 42, seorang peniaga, beliau meluahkan kesyukuran kerana Barisan Nasional (BN) mengetengahkan Datuk Johan Abdul Aziz sebagai calon ahli Parlimen di kawasan ini.

Katanya, pemimpin itu mempunyai karisma yang tinggi selain berpengalaman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih pada penggal ke-13.

“Saya percaya dengan kebolehan yang dimiliki Johan, beliau sangat mesra dengan rakyat mudah untuk dihubungi.

“Pengalaman Johan sebagai ADUN juga sedikit sebanyak memudahkan beliau dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

“… walaupun sudah tak jadi wakil rakyat pada PRU14, kerja dia sama sahaja berterusan tanpa lelah bantu kesulitan yang dibawa kepadanya,” ujar beliau.

Sementara itu, perkara sama turut dikatakan oleh Mohd Fauzi Che Sat, 45 tahun yang menyifatkan Johan sebagai pemimpin berjiwa besar.

Menurut bekas tentera tersebut, ahli Parlimen pada ketika ini tidak mampu untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada rakyat dalam merangka strategi terbaik kepada pembangunan kawasan termasuk masalah banjir di Hulu Langat.

“Masa banjir paling awal sampai dan hulur bantuan adalah Johan, masalah pengurusan sisa pepejal dia bantu walaupun bukan wakil rakyat.

“Jadi saya harap rakan-rakan di sini untuk bijak memilih calon yang cakna dengan masalah dihadapi di kawasan, pada saya sudah tentu Johan, proaktif dalam segala kerja-kerja membantu rakyat,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit