Jangan Terpedaya Hasutan Pembangkang… Fitnah Dan Penipuan Strategi Utama Mereka – Shahanim

SUNGAI PETANI, 16 Nov – Calon UMNO/Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohd Yusoff berharap rakyat rasional dalam membuat keputusan untuk memilih parti dan pemimpin mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Katanya ini kerana, hasutan daripada pembangkang yang memainkan sentimen mengundi calon BN seperti memilih rasuah adalah suatu yang tidak benar.

“Saya hendak bagitahu tidak adil kalau pembangkang kata ‘undi Shahanim, undi perasuah’… tidak betul semua itu.

“Kalau semua anggap semua ahli Parlimen BN ini rasuah, tidak betul sebab ramai calon BN ini bagus buat kerja, khidmat kepada rakyat pilih dan tengok di Sungai Petani sahaja,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian berkata rakyat perlu memilih calon berdasarkan pengalaman serta politik khidmat bakti yang dilakukan kepada rakyat.

“Sekiranya di Parlimen lain, buat perbezaan calon itu seperti umur mereka, pengalaman jadi wakil rakyat.

“…tapi yang lain itu tidak pernah lagi jadi calon tapi trek rekod buat kerja jadi ambil la calon seperti ini bukannya dengar hasutan, itu tidak betul,” ujar beliau.

Shahanim dalam pada itu menambah parti pembangkang akan terus memanipulasi pemikiran rakyat dengan mencipta pembohongan serta fitnah seperti yang dilakukan mereka pada PRU14 lalu.

“Hendak menang sampai sanggup tipu rakyat, fitnah sanggup tipu buat manifesto apa sahaja… tol tak boleh percuma pun dia kata boleh semata-mata hendak menang, tidak betul macam tu.

“Parti-parti seperti ini sanggup fitnah, mereka ini tidak apa yang dibuat seperti wakil rakyat di sini tidak lakukan pembangunan tapi buat fitnah pasal rasuah, sakau, lanun, perompak.

“Ada dua benda, dia sanggup fitnah dan bohong rakyat jadi rakyat kena bijak sebab dalam masa hari berkempen mesti mereka akan bagi janji manis lagi,” katanya.

Untuk rekod, Shahanim pada PRU15 ini akan berdepan dengan saingan lima penjuru iaitu calon daripada PH, Perikatan Nasional, Pejuang dan Parti Rakyat Malaysia. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.