Giatkan Usaha Jentera Menangkan Calon, Yakini Perjuangan BN – Raime

KOTA KINABALU, 16 Nov – Berbaki dua hari lagi berkempen sebelum hari mengundi pada 19 November ini, Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Raime Unggi berkata setakat ni usaha masih diteruskan jentera dan Jalinan Rakyat (JR) bagi memenangkan calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding.

Meyakini penerimaan positif para pengundi terhadap mereka, Raime berkata, bagaimanapun usaha itu perlu terus dipertingkatkan melalui pelbagai kaedah termasuk media sosial.

“Jangan lagi ada alasan-alasan demi alasan kerana inilah peluang kita untuk mengangkat calon-calon kita ke Dewan Rakyat, jika bukan sekarang, bila lagi? ” katanya.

Mengulas lanjut, Raime berkata, sehingga ke hari ini, pelaksanaan jentera penerangan negeri telah mengangkat pelbagai wadah kempen termasuklah menerusi laman sosial dan bersua muka dengan pengundi yang disasar.

“Perjalanan kempen dari sudut penerangan berjalan dengan lancar dan kita giat menjalankan kempen menerusi media sosial,” katanya yang yakin bahawa sokongan rakyat adalah kepada BN. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit