Manifesto Shahril Untuk Alor Gajah, 13 Tawaran Lima KPI

MELAKA, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Alor Gajah, Shahril Hamdan mengambil roh dan semangat Perancangan Amal Dan Usaha (PADU) iaitu manifesto BN Pusat bagi menawarkan janji-jani terbaiknya kepada rakyat di sini.

Katanya, selaku calon BN bagi Parlimen Alor Gajah, beliau memaklumkan bahawa prinsip dasar manifestonya sama dengan PADU iaitu menjanjikan yang terbaik.

“Prinsip dasarnya sama: Kita janji yang terbaik, tapi hanya yang kita yakin boleh buat. Saya pilih 13 tawaran dan lima KPI sesuai dengan nombor Parlimen Alor Gajah, P.135, supaya mudah untuk orang Alor Gajah ingat setiap sesuatu yang saya tawarkan.

“Saya pilih KPI yang jelas dan boleh dinilai sasarannya serta tawaran-tawaran yang spesifik dan bertumpu sifatnya.

“Sepanjang lima tahun dari sekarang, saya nak orang Alor Gajah sentiasa lihat KPI dan tawaran-tawaran saya. Adakah tawaran saya dibuat? Adakah KPI saya tercapai?”

Ujarnya yang juga Ketua Penerangan UMNO, sudah tiba masanya orang politik yang bertanding dipertanggungjawabkan atas segala janji yang ditaburi.

“Saya nak bawa politik matang ini bermula di Alor Gajah. Masa depan selayaknya, pilih wibawa, angkat yang muda,” katanya lagi yang mengajak khalayak untuk menilai manifestonya di www.shahrilhamdan.com UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit