Teruskan Undi BN, Parti Lawan Tiada Modal Nak Kempen – Azalina

PENGERANG, 12 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan pembangkang tiada modal apabila menyerang dirinya menggunakan isu ‘orang luar’.

Katanya, beliau sudah menyandang kerusi parlimen itu selama empat penggal, malah beliau juga merupakan pengundi di situ, sekali gus menyelar dakwaan tersebut yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.

“Sebab itu bagi saya kita tak boleh undi cara emosi. Kita kadang-kadang dengar undi BN bebas ini bebas itu… itu semua hasutan kerana pada 20 November semua akan balik ke tempat masing-masing, yang tinggal kami.

“Orang cakap Azalina orang luar… orang luar apa sudah 20 tahun wakil rakyat di sini, IC dah tukar, rumah pun dah beli di sini undi pun dah kat sini. Bila pula orang luar? Tak tahu pula sebab saya tak kahwin orang tempatan saya dikira orang luar. Jadi isu hari ini yang dibawa orang luar, orang luar, ” katanya.

Jelas Azalina lagi, beliau secara jelas menyatakan selama ini telah memikul peranan sebagai wakil rakyat dan membawa suara rakyat ke parlimen tanpa gagal.

“Isu orang luar tak seteruk orang undi di luar dia tawarkan diri itu isu lain tetapi sudah 20 tahun saya di sini kalau itu jadi isu maknanya tak ada isu.

“Ni bukan ‘election’ biasa sebaliknya hendak melantik pilih Ahli Parlimen yang boleh bawa suara rakyat di parlimen. Saya juga pernah jadi timbalan speaker.

“Sesiapa pun tawarkan diri berfokus di parlimen sebab itu kami ada ADUN Penawar, ADUN Tanjung Surat kita ambil dari ketua pemuda dan ketua wanita sebagai pendekatan baharu BN UMNO bawa muka-muka baharu jadi satu evolusi. Inilah kelebihan BN,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.