Kegagalan PH, PN Perintah Negara ‘Hadiah’ Untuk BN – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Kegagalan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) selama 22 bulan dan 17 bulan adalah ‘hadiah’ untuk Barisan Nasional (BN) kembali memerintah selepas pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakyat kini sudah pasti dapat menilai setiap kerajaan yang dibentuk selepas BN jatuh, dan diyakini kemenangan berpihak kepada parti itu.

“Saya merasakan peluang kita ini cukup cerah kerana mereka yang telah ditakdirkan memerintah 22 bulan telah berikan ‘hadiah’ kepada kita dari bentuk kerajaan yang gagal dan rakyat serik dengan pengalaman dan kesengsaran selama 39 bulan.

“Peluang ini perlu direbut dalam pembentukan kerajaan selepas PRU-15, katanya.

Zahid dalam masa yang sama turut berkata, dalam pemerintahan 39 bulan itu, ramai masyarakat yang terkesan dengan keperitan ekonomi khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar.

“PRU ini cukup penting bukan hanya untuk BN, tetapi rakyat keseluruhannya. Rakyat amat dahagakan pembentukan kerajaan BN sebab kita ada rekod begitu panjang, 62 tahun di bawah BN, Terlalu banyak. Ini dapat dibandingkan dengan 22 bulan dan 17 bulan yang mentadbir.

“Jadi, untuk buktikan perkara ini, tawaran melalui manifesto iaitu PADU yang berbentuk aku janji dirangka, dapat dilaksanakan jika mandat baru diberi kepada BN untuk membentuk kerajaan di Putrajaya,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.