UMNO Nafi Akan Bergabung Dengan PH

PADANG TERANG, 9 Nov – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan parti itu akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Menurut beliau, dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin itu hanya lah berasaskan andaian semata-mata yang mahu memberi gambaran yang salah kepada pengundi ketika musim berkempen.

“Tan Sri Muhyiddin mungkin boleh memberi ucapan atau kenyataan itu sebenarnya boleh memberi kesan juga kepada kami di Barisan Nasional (BN), jadi orang melayu rata-ratanya takut dengan perkataan Dap ataupun takut dengan parti Dap.

“Jadi bila dia buat kenyataan seumpama itu seolah-olah dia bagi satu gambaran yang Barisan Nasional ini nak bergabung nak berkerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Jadi lebih baik jangan bagi undi kepada Barisan Nasional sebab Barisan Nasional nak pergi kerjasama dengan Pakatan Harapan di sana ada parti Das dan itu memberi gambaran yang salah kepada masyarakat sebab tak pernah ada pun dimana-mana kenyataan malah dalam perhimpunan agung UMNO sebelum ini pun sebut NO Dap NO ANWAR jadi kita kita sudah petunjuk yang jelas jadi soal nak bergabung tak timbul,” katanya.

Mahdzir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Sembang Santai Bersama Ahli Koperasi Perserta Rancangan FELCRA Berhad di Pusat Komuniti, Padang Terap, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tolak kemungkinan bakal wujud kerjasama antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pasca PRU15 bagi membentuk kerajaan.

Jelas Muhyiddin, kerjasama itu boleh membawa musibah terutama kepada masyarakat Melayu kerana Anwar akan membawa sama komponen parti PH lain termasuk Dap untuk membentuk kerajaan.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata BN secara jelas masuk ke gelanggang PRU dengan matlamat untuk mendapat majoriti dan mewujudkan kerajaan.

Katanya, BN tidak pernah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu bersama PH.

Mahdzir berkata, lawan dahulu kerana pada PRU kali ini terdapat banyak gabungan parti yang bertanding antaranya, PN, PH, Gerakan Tanah Air (GTA), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau mengesyorkan Tan Sri Muhyiddin, berkempen secara berhemah bawalah naratif dan optik yang betul kepada rakyat.

Ketika ditanya mengenai kedudukan atau penerima rakyat terhadap BN ketika ini, Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata pihaknya yakin akan mencapai sasaran menang di banyak kawasan susulan peningkatan sokongan rakyat terhadap BN. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.