Misi BN Maran Ingin Memakmur, Mengembangkan Ekonomi Rakyat – Shahaniza

MARAN, 7 Nov – Sebagai calon baharu Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Maran Datuk Seri Shahaniza Shamsudin yakin misi dan visi BN Maran selaras dengan kehendak parti yang mahukan kestabilan dan kemakmuran .

Ini kerana katanya BN Maran ingin memakmurkan lagi terutamanya menyajikan banyak peluang perkerjaan yang akhirnya akan dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

“Untuk Maran sebelum ini agak terkebelakang dari segi pembangunan dari daerah lain. Misi BN Maran adalah memakmurkan lagi terutamanya lebih banyak peluang pelaburan, perkerjaan supaya dapat mengembangkan ekonomi dan akhirnya akan menjadi daerah yang maju.

“Pucuk kepimpinan ini memberi peluang pada saya untuk membawa idea-idea baharu dan peluang-peluang baharu kepada rakyat dengan jenama BN dan menzahirkan penghargaan pada pucuk pimpinan BN,” katanya ketika ditemui UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga bekas AhIi Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul melihat terdapat lebih tiga penjuru yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15.

“Semuanya tiga, empat dan lima penjuru dan kira ini adalah satu perkembangan yang tidak dapat dilihat pada 10 tahun lepas. Ini bermakna boleh dilihat dari sudut menunjukkan rakyat negara ini telah celik politik dan menganggap bahawa politik ini penting kalau dari segi positif.

“Dari sudut BN ia adalah satu cabaran yang sangat hebat dan kena mengambil langkah untuk menilai semula bagaimana hendak dapat kembali kepercayaan rakyat kerana wujudnya banyak parti politik ini dan mereka sudah kurang kepercayaan pada parti politik teras sebelum ini,” jelas beliau.

Ujarnya, ini adalah cabaran bagi BN untuk dapatkan kembali kepercayaan rakyat supaya mereka boleh merasakan bahawa hanya BN yang mampu melaksanakan perubahan kepada Malaysia secara amnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.