KLUANG, 5 Nov — Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P.151, Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad (tiga, kiri) tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (empat, kiri).
Parlimen Simpang Renggam akan melibatkan saingan empat penjuru membabitkan calon dari Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), serta calon yang mewakili parti Pejuang.
Kesemua calon yang bakal berentap terdiri daripada Hasni (BN), Maszlee Malik (PH), Mohd Fazrul Kamat (PN), serta Kamal Kusmin (Pejuang).