PADANG TERAP, 29 Okt — Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid meyampaikan replika cek kepada sebahagian penerima Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar Re-Start 2022 pada majlis penutup Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Padang Terap di sini hari ini.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan dana lebih RM114 juta tahun depan bagi menyediakan ekosistem kepada usahawan luar bandar meluaskan pasaran dan meningkatkan pendapatan.