Menyambut Ketibaan Yang di-Pertuan Agong

SEPANG, 28 Okt — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air selepas mengadakan lawatan negara selama empat hari ke Singapura di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto–Istana Negara

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.