Tak Perlu Buang Masa Berdebat Dengan Pemimpin ‘Tin Kosong’ – Dr Najmil

 

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menempelak pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang hebat ‘cakap kosong’.

Tegasnya, apabila bersembang mesti kena tinggi dan baru ‘crowd’ serta merasa yakin dengan cabar mencabar yang kononnya mereka adalah hero rakyat.

“Samalah seperti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai ‘bang non’ dan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kedua-duanya hanyalah ‘tin kosong’.

“Di mana mereka ini ketika rakyat sedang susah ketika PKP? tiada… di mana mereka ketika harga barangan meningkat? tiada… di mana mereka ketika negara sedang menghadapi inflasi… tiada.

“Kata hebat sangat… kenapa tiada langsung kita dengar cadangan atau idea daripada mereka ini ketika negara dilanda pelbagai masalah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Seterusnya kata Dr Najmil lagi, lihat sahajalah bagaimana sayap Pemuda UMNO menjadi jurubicara rakyat.

“Kita tidak dibuai keseronokan menjadi sebahagian daripada kerajaan. Cadangan pengeluaran KWSP, BKM, peningkatan subsidi, reformasi politik melalui akta lompat parti dan sebagainya semuanya datang daripada UMNO.

“Memanglah tugas kerajaan untuk selesaikan masalah ini. Inilah bezanya parti membuat dasar dengan parti membuat kerosakan. Suara pembangkang ini hanya akan keluar apabila dekat dengan pilihanraya dan masa itulah pelbagai janji mula ditabur.”

Dalam pada itu kata Dr Najmil lagi, Perdana Menteri sewajarnya tidak perlu melayan suara pembangkang.

“Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu melayan suara sumbang pembangkang ini. Mereka tidak layak berhujah tentang pembangunan negara, transformasi politik, keadilan sosial, kesejahteraan dan sebagainya kerana terbukti mereka gagal melakukannya ketika diberi peluang mentadbir Malaysia selama 22 bulan.

“BN satu-satunya parti yang peka dengan masalah rakyat dan menawarkan penyelesaian. Bukan cuba untuk jadi hero tetap inilah tanggungjawab kita,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.