GOPENG, 25 Okt — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (duduk empat,kanan) dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim (duduk tiga,kanan) berkenan ketika sesi bergambar pada Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak Tahun 2022 di The Treasure @ Taman Herba hari ini.
Sambutan Hari Hutan Antarabangsa bertemakan ‘Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat’ bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pelbagai jenis hutan serta pemeliharaan dan pemuliharaannya. Turut sama Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad. Foto-BERNAMA