PM Ismail Sabri Ucap Selamat Menyambut Deepavali

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua Keluarga Malaysia beragama Hindu yang meraikannya hari ini.

Menerusi catatan di Facebooknya, Ismail Sabri berharap perayaan itu akan memekarkan lagi perpaduan antara rakyat.

“Semoga pesta cahaya ini memekarkan lagi perpaduan, menyimpulkan ikatan tali perhubungan antara Keluarga Malaysia dan keharmonian sesama kita.

“Saya yakin, perayaan Deepavali pada tahun ini disambut dengan lebih meriah bersama-sama keluarga dan rakan taulan yang tersayang,” menurut catatan itu. – BERNAMA

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit