BAGAN DATUK , 17 OKT — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi ucapan dan merasmikan Solidariti, Kestabilan dan Kemakmuran peringkat negeri Perak. Turut hadir Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua-ketua Parti Komponen Barisan Nasional dan Ketua Bahagian UMNO seluruh Perak di Kompleks UMNO Bagan Datuk sebentar tadi.