NILAI, 29 Sept — Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (dua, kiri) melawat gerai pameran selepas merasmikan Seminar Pengajian Tinggi 2022 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini.
Turut hadir Naib Canselor USIM Prof Dr Sharifudin Shaarani (kiri).
Sebanyak 29 Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara serta enam IPT luar negara mengambil bahagian dalam seminar bertemakan “Melonjakkan Aspirasi Pengantarabangsaan Pendidikan Yang Mampan”.