PUTRAJAYA 22 Sep–Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen Putrajaya telah mengadakan sesi dialog keselamatan bersama pemimpin penduduk Presint 11 yang diadakan di balai polis kawasan terbabit ekoran aduan berkaitan kes kecurian, rompakan dan pecah rumah yang berlaku. Dalam sesi tersebut pandangan dan perkongsian dibuat agar dapat mencapai solusi terbaik bagi memastikan Putrajaya selamat dan bebas dari jenayah.