RANTAU 16 SEPTEMBER — Timbalan Presiden merangkap ADUN Rantau Datuk Seri Mohamad Haji Hasan bersama YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyerahkan surat tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) Rantau, Negeri Sembilan kepada 90 orang penerima manfaat di bawah Skim Sewa Untuk Milik (Rent-To-Own).Seramai 90 orang penerima manfaat Skim RTO yang melepasi tapisan syarat kelayakan
telah ditawarkan unit rumah PPR Rantau dimana jangkaan pengisian bermula pada 1 Oktober 2022.