Ambil Pengajaran Fitnah Direka PH, Ada Usaha Burukkan BN Menjelang PRU – Dr Azhar

IPOH, 8 Sept – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Senator Datuk Dr Azhar Ahmad berharap rakyat mengambil pengajaran daripada fitnah-fitnah yang direka oleh Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mengaburi mata rakyat terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, rakyat perlu berfikiran rasional, menilai penipuan dan melihat kembali pentadbiran 22 bulan PH yang mengabaikan rakyat khususnya di negeri ini.

“Pengundi di Beruas serta Perak sudah-sudah… kembalilah undi BN yang telah terbukti susah senang contoh 22 bulan masa PH tadbir Perak siapa yang bantu rakyat?

“Orang kampung tetap berjumpa pemimpin UMNO jadi masa PRU nanti kalau ada isu jangan percaya, fitnah dan sebagainya.

“Tengok siapa yang buat kerja kepada rakyat, tidak lain tidak bukan adalah BN jadi saya seru semua sekali yang merasai ‘nikmat’ PH undilah BN supaya dapat terus membantu rakyat dalam sebarang isu dan suasana, kita bukan pilih bahkan bantu semua,” katanya ketika ditemui secara eksklusif bersama UMNO Online baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, wakil rakyat daripada PH yang dipilih rakyat juga tidak komited membantu rakyat meskipun mereka ini diberikan amanah oleh pengundi.

Menurut Dr Azhar ini berbeza dengan kaedah dilakukan oleh pemimpin UMNO/Barisan Nasional (BN) yang senantiasa tanpa kira waktu menghulurkan bantuan kepada rakyat

“Wakil rakyat Beruas ini bukan seperti pemimpin UMNO/BN kerana boleh dikatakan 24 jam berkhidmat banjir, kenduri, bantuan persekolahan, kematian dan lain-lain.

“Mereka tak macam itu, kalau diikutkan perkhidmatan yang dibuat kita boleh menang tapi masa mengundi tetap bagi kepada Dap/PH.

“Jadi apa lagi yang kerajaan tak bagi? Tapi sampai masa mereka tetap memilih calon seperti PH ini,” ujar beliau.

Dr Azhar pada masa sama turut memaklumkan bahawa beliau yakin untuk UMNO/BN mengekalkan kemenangan di DUN Pengkalan Baharu di samping mengurangkan majoriti sokongan di Parlimen Beruas termasuk DUN Pantai dan Astaka.

“DUN Pangkalan Baharu saya optimis BN boleh mengekalkan kerusi bagi menyumbang pembentukan kerajaan negeri,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit