PENDANG 5 SEPTEMBER — Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Suraya Yaacob diberi taklimat mengenai Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pendang Fasa 1 dan RTB Pendang Fasa 2 di pejabat tapak projek RTB Pendang.
RTB Pendang Fasa 1 yang melibatkan naik taraf Sungai Choras/Sungai Sala dan Skruktur-Struktur dianggarkan sebanyak RM 101 juta sedang giat dijalankan. Manakala RTB Pendang Fasa 2 yang melibatkan menaiktaraf terusan Selatan, Sungai Pendang juga sedang berjalan menelan belanja hampir RM 157 Juta.