Serah Memorandum

KUALA LUMPUR 1 Sep–Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerima kunjungan Sdr. Jose Rizal selaku Ketua Aktivis Sekretariat Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM) dan rakan-rakan daripada pelbagai Persatuan Kebajikan Pekerja Industri E-Hailing Malaysia ke Pejabat Pemuda UMNO Malaysia bagi menyerahkan memorandum serta resolusi berkaitan isu-isu kebajikan pemandu E-Hailing.