KUALA LUMPUR 31 Ogos–Kenderaan Perisai Angkatan Tentera Malaysia pada acara perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka hari ini.
Dataran Merdeka menjadi lokasi bersejarah yang menyaksikan peristiwa penting penurunan Bendera Union Jack dan pengibaran Jalur Gemilang buat pertama kali pada 31 Ogos 1957 dan sejak itu menjadi tempat perarakan sambutan Hari Kebangsaan.