Tangisan Membanjiri Putrajaya, Sokongan Moral Rakyat Pada Najib

PUTRAJAYA, 23 Ogos – Walaupun hujan berterusan sejak pagi namun ratusan rakyat yang menyokong dan bersimpati atas nasib bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak terbukti apabila mereka tidak berganjak dari luar pekarangan Istana Kehakiman untuk memberi sokongan kepadanya.

Perkara itu berkaitan penentuan keputusan rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sejak dari awal pagi lagi sehingga petang rakyat membanjiri pekarangan Istana Kehakiman untuk memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada Najib.

Difahamkan mereka dari seluruh negara yang tiba di sini dengan menaiki bas mahupun membawa persendirian sendiri.

Sepanjang prosiding berlangsung tiada kejadian yang tidak diingini berlaku malah akur segala perintah dan arahan yang diberikan malah berkerjasama oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada waktu tengahari beliau (Najib Razak) telah bertemu dengan mereka dan memaklumkan perkembangan terkini kes rayuannya.

Sejurus itu, kedengaran tangisan daripada rakyat yang bersedih di atas ucapan beliau.

Setelah beberapa minit, Najib Razak masuk semula ke dalam mahkamah di mana Hakim akan memutuskan keputusan kes rayuannya pada sesi petang.

Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, – UMNO Online

 

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit