Kunjungan Hormat Menteri Besar Johor

PUTRAJAYA 23 OGOS — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid menerima kunjungan hormat Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi di Ibu Pejabat KPLB Putrajaya semalam. YAB Datuk Onn Hafiz yang juga Pengerusi KEJORA, iaitu sebuah agensi di bawah KPLB, mengutarakan pelbagai idea bagi manfaat pembangunan di wilayah luar bandar di Negeri Johor.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.