UMNO Bawa Aspirasi Rakyat, Kriteria Utama Pilihan Orang Muda – Nizham

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berpandangan personaliti calon menjadi kriteria utama untuk orang muda memilih pemimpin mewakili mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak.

Katanya, melihat daripada faktor-faktor tertentu asas yang perlu dimiliki adalah latar belakang pendidikan yang memainkan peranan penting bagi membawa aspirasi rakyat.

“Anak muda mahu melihat pemimpin yang bakal diwakili untuk mereka ini ialah integiriti, kredibiliti, latar belakang bukan hanya di Kuala Lumpur, bukan sahaja berorientasikan perkhidmatan tapi mahu melihat karakter pemimpin yang bakal mereka pangkah itu.

“Bukan sahaja mahu menindakkan sesiapa tetapi yang pertamanya peraturan biasa ialah mesti ada pendidikan itu adalah asas untuk menjadi pemimpin pada masa kini mereka mahu melihat apa yang kita tulis, diminda, visi dan misi untuk negara itu lebih penting.

“Perkhidmatan itu penting cuma ia menyumbang 10 hingga 20 peratus kerana ada agensi-agensi kerajaan jika di Kuala Lumpur ada Majlis perwakilan Penduduk (MPP) inilah menjadi pemudah cara untuk orang politik selesaikan masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wawancara Khas: Orang Muda Bandar… Apa Mereka Mahu? yang disiarkan secara langsung malam tadi di Facebook UMNO Online.

Mohamed Nizham yang juga Ketua Pergerakan Pemua UMNO Bahagian Batu itu juga berkata ciri WALI iaitu ‘winnable’ (boleh menang), ‘acceptable’ (diterima) dan ‘likeable’, (disukai) yang dibawa Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memainkan peranan penting.

“Indikasinya yang saya lihat pertamanya apa yang disuarakan oleh pemimpin itu bukan sahaja servis oriented kalau kita lihat Nik Nazmi Nik Ahmad di Setiawangsa tidak servis mana pun begitu juga di kawasan-kawasan lain.

“Sebab itu kalau hendak tengok indikator P Prabakaran di Batu orang tidak pernah kenal pun dia sapa, pada umur 22 tahun belum pun habis belajar dia menang dan menjadi Ahli Parlimen paling muda di Malaysia.

“Bukan seperti UMNO yang servis itu adalah DNAnya kalau tidak ada program, tak boleh bantu orang demam jadinya namun mereka tidak begitu,” ujar beliau.

Menurut beliau lagi bagi berhadapan dengan PRU-15, segala agenda sentimen dimain pembangkang perlu dijawab sebaiknya bagi memastikan tragedi pilihan raya lalu tidak berulang.

Katanya PRU-14 perlu dijadikan pengajaran kerana PH pada ketika itu bijak memanipulasi pemikiran rakyat sehinggakan terpadaya dengan fitnah dilontar.

“Pada saya isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) RM2.6 bilion ketika PRU-14 telah dimainkan dengan hebatnya oleh pihak pembangkang dan logiknya itu diterima oleh rakyat dan akhirnya memangkah PH.

“Sehingga kan Kuala Lumpur tewas 11-0 untuk Barisan Nasoional (BN) jadi saya lihat hari ini dengan kita dalam keadaan tidak ada isu pokok seperti itu tapi akhirnya ia perlu diterjemahkan dengan educate rakyat di luar sana seperti inflasi ini berlaku di semua negara bukan di Malaysia sahaja.

“Setiap isu yang dimainkan oleh pembangkang ini kita perlu bagi dengan fakta yang betul sudah tentu apabila sudah jadi kerajaan ini perlu untuk ada sifat defensive sebab mempertahankan polisi dan dasar yang telah dibuat oleh pemimpin,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.