Kembalikan Mandat, Hanya UMNO/BN Mampu Membantu Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Rakyat memerlukan kerajaan yang prihatin dan stabil sebagaimana UMNO/Barisan Nasional (BN) yang terbukti mampu mentadbir bagi membantu rakyat.

Dalam tinjauan UMNO Online di Pangsapuri Desa Melayu, Johor Bahru yang menjadi penempatan semula golongan setinggan di kawasan sekitar mendapati para penduduk bersyukur dengan usaha kerajaan UMNO/BN sebelum ini iaitu membantu mereka dengan menyediakan kediaman yang lengkap dengan pelbagai fasiliti serta selesa.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, Mohd Ali Mohamed Ibrahim ketika ditemui berkata, hanya kerajaan UMNO/BN sahaja yang dapat membantu rakyat jika dibandingkan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya mampu menaburkan janji berserta fitnah.

“Sebenarnya, apa yang telah kita lalui daripada awal, contohnya macam kami di penempatan setinggan, sebelum ini yang selalu membantu dan selalu ada dengan kami adalah kerajaan UMNO/BN. Di Johor Bahru, Ketua Bahagiannya, Tan Sri Shahrir Samad sentiasa membantu dalam apa jua keadaan.

“Daripada tempat kampung kita yang berlecak, bertakung air, sehinggalah kita ditempatkan di satu penempatan yang indah dengan segala peruntukan dan kemudahan yang kita rasa takkan dapat di tempat lain.

“Jadi apabila kita tukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, di situ kita dah nampak. Apa yang diidam-idamkan oleh warga muda yang ingin menukar kerajaan akhirnya telah tercapai, apa matlamat yang dikehendaki, banyak penipuan daripada benda yang benar.”

Dalam hal ini beliau menyeru kepada semua masyarakat untuk kembali memilih UMNO/BN.

“Selepas ini kita memang memerlukan kerajaan BN kerana UMNO dan kerajaan BN sahajalah yang dapat membantu kita. Kita selama 60 tahun di bawah pentadbiran mereka (UMNO/BN) tiada apa-apa masalah.

“Jika ada pun hanya benda yang remeh-temeh atau tipu muslihat yang dibawa oleh pihak pembangkang. Itu pada pendapat saya dan saya memang bersyukur serta berharap sangat agar kerajaan BN dapat semula memerintah negara, memulihkan ekonomi dan menaikkan taraf bangsa kita di Malaysia ini,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Manakala Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Penduduk, Nor Aida turut mengajak rakyat agar tidak memilih selain daripada UMNO/BN pada PRU15 yang akan datang demi menjamin masa anak cucu kita.

“BN adalah yang terbaik sebab parti ini adalah daripada nenek moyang kita, kita jangan berubah, pilih parti BN demi anak cucu kita. Bagi saya, parti terbaik dan terbagus adalah BN.

“Daripada dululah, daripada zaman nenek moyang kita sampai sekarang. Kalau boleh anak-anak kita sekarang jangan berubah parti. Pilihlah BN demi masa depan anak cucu kita,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit