Henti Adu Domba, Paling Penting Jadi Penyatu – Shahril Hamdan

ALOR GAJAH, 24 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi pilihan raya umum (PRU) dulu bukannya perkara lain sebagaimana keputusan parti.

Katanya, ini sebabnya penting peranan ahli sebagai penyatu dalam parti agar terus bersatu padu mengorak langkah ke depan bagi memastikan kemenangan mutlak Barisan Nasional pada PRU ke-15.

“Lebih baik kita jadi pengharmoni untuk pastikan dalaman parti kita kuat. Kita hadapi pilihan raya bersama-sama. Kita terjemahkan semangat kebersamaan dalam parti kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutup program pemantapan gerak kerja parti anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) Alor Gajah di Selandar petang Sabtu.

Turut hadir Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Melaka Datuk Mustafa Musa, Ketua Puteri UMNO Negeri Melaka Norasyikin Alias, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal Zahari Abd Kalil, ADUN Machap Jaya, Ng We Hee Sem, Setiausaha BN Alor Gajah Datuk Ghafar Misdar, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Melaka Rohazam Bakar serta jentera BN Alor Gajah.

Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berharap agar jangan ada timbul syak wasangka sesama sendiri.

“Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah Pengerusi BN dan Presiden UMNO, beliau adalah orang yang menang dipilih. Itu adalah Presiden kita dan harus kita pertahankan.

“Naib Presiden kita adalah Perdana Menteri dan Perdana Menteri bawa imej yang sama iaitu imej BN. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjaga parti. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menjaga Kerajaan.

“Dua-dua gerak bersama untuk kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Oleh: Amin Adnan

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit