KUALA LUMPUR 22 JULAI – Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid bersama 478 Tok Batin dan Penghulu Orang Asli dalam Majlis Perhimpunan Perdana Batin / Penghulu Orang Asli di Ibu Negara petang semalam.Masyarakat Orang Asli sentiasa mendapat perhatian daripada kerajaan. Ini terbukti apabila kerajaan memperuntukkan sejumlah RM274 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam usaha mendokong pembangunan dan kemajuan masyarakat Orang Asli.