KUALA LUMPUR, 30 Jun — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) bersama Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (kiri) dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir (kanan) berkenan berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259 di Istana Negara, hari ini.
Turut berangkat Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.