Karnival Kerjaya Pemuda BN Bermula Hari Ini, Lebih 20,000 Tawaran Pekerjaan Tersedia
KUALA LUMPUR, 24 Jun – Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) bermula hari ini dengan pelancarannya diadakan pagi tadi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki majlis seterusnya menyaksikan pelancaran oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid juga berkesempatan mengadakan lawatan rasmi ke tapak pameran untuk melihat sendiri peluang pekerjaan yang ditawarkan pada karnival ini.
Program anjuran Pergerakan Pemuda BN/UMNO ini bermula 24 hingga 26 Jun ini menyaksikan lebih 20,000 tawaran pekerjaan disediakan meliputi kepada semua lepasan pelajaran.
Laman web www.bnjobfair.com juga disediakan oleh pihak penganjur sempena karnival ini bagi memudahkan pengunjung untuk mendaftarkan diri dan memuatnaik resume.
Selain itu pendaftaran secara walk-in juga disediakan bagi pengunjung yang tidak sempat untuk mendaftar secara online.
Setiap pengunjung juga akan diberikan QR Code untuk memudahkan resume mereka diakses oleh majikan – UMNO Online