Azhari Pertikai Lantikan Faizal Azumu Mengendali SNBJ

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari kecewa dengan keadaan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) apabila keadaan padang bertukar menjadi lebih teruk akibat hujan lebat yang turun lebih dua jam sebelum perlawanan bermula.

Ini kerana katanya SNBJ dilabel antara venue tercantik dan termoden di rantau ini, namun situasi itu sebenarnya jauh meleset dengan kemudahan teknikal yang terdapat di stadium itu.

“Bukan sahaja isu padang bermasalah, malah isu kemudahan asas di Stadium Nasional Bukit Jalil pun timbul. Adakah orang yang dia lantik itu tahu tentang bagaimana ingin menguruskan fasiliti dan kemudahan stadium?

“Apabila Timbalan Presiden PPBM Ahmad Faizal Azumu melantik Setiausaha Akhbar Kementerian Belia dan Sukan, Mohd Faidz Sanusi sebagai Ketua Pengarah Eksekutif di Perbadanan Stadium Malaysia.

“Bagaimana jika orang luar lihat situasi begini ketika ada perlawanan besar berlaku di SNBJ? Pasti memalukan negara,” katanya menerusi laman facebooknya.

Dalam pada itu tambah Azhari, mempertikaikan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membelanjakan RM10 juta untuk kos naik taraf SNBJ.

“Saya harap Syed Saddiq boleh jawab kenapa telah belanja RM10 juta tapi padang masih tiada kualiti? kos RM10 juta naik taraf padang Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi tanda tanya?

“Jika diikutkan kenyataan dari Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim kos sepatutnya tidak sampai RM1.5 juta untuk menaiktaraf padang seperti di Stadium Larkin.

“Sudahlah kos RM10 juta malah kos alatan penolak air pun tidak termasuk dalam kos tersebut. Pekerja terpaksa guna penyodok sampah untuk menolak air.

Tegasnya ini baru SNBJ, belum lagi dilihat Stadium Shah Alam ianya sangat menyedihkan. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit