JOHOR BAHRU 9hb Jun — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Ir Hasni Mohammad mengadakan perjumpaan bersama ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) dalam merangka persiapan untuk Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor yang Ke-15 pada minggu hadapan malam tadi.Penerangan mengenai perjalanan DUN turut dikongsi dengan wakil-wakil rakyat yang baharu. Turut hadir,Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.