TURKI 23 hb MEI – Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengetuai delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke Turki. Terima kasih kepada sayap Pemuda AK Parti yang mengundang dan membiayai kehadiran deligasi Pemuda UMNO yang mewakili Malaysia. Kemuncaknya pada malam tadi menghadiri Himpunan Sayap Pemuda Parti AK bertempat di Stadium Adana yang dihadiri oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan yang menghimpunkan lebih 100 ribu anak muda.