Usaha Santuni Masyarakat Setempat Dipelbagaikan

KUALA LUMPUR. 1 Mei – Usaha untuk mendekati dan menyantuni masyarakat pelbagai peringkat di akar umbi  sempena Ramadhan terus menjadi tumpuan utama Ketua UMNO Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang sejak dari awal Ramadhan tidak putus-putus menyantuni bukan sahaja golongan asnaf, penjaja, golongan belia dan pelbagai peringkat kumpulan yang lain dalam skala kecil mahupun skala besar.

Boleh dikatakan program berbuka  puasa dan moreh antara program yang utama apabila saban hari Adun Lanchang ini bergerak untuk bersama-sama dengan masyarakat sekitar Temerloh.

“Semalam sesi berbuka puasa bersama Majlis Belia Temerloh, Persatuan Bulan Sabit Merah, Amanah Ikhtiar Temerloh, Mahasiswa Anak Temerloh dan NGO di Resthouse Temerloh.

“Sambil berbuka bersama saya dapat berkenalan dengan mereka yang hadir. Saya turut menyampaikan sijil kecemerlangan kepada mahasiswa yang mendapat CGPA cemerlang di fakulti masing-masing,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Menerusi perkongsian yang sama, beliau turut bersama dengan penduduk setempat yang lain menerusi program moreh.

“Kemudian program moreh, saya bersama dengan Pasukan Vieura yang merupakan pasukan bola sepak yang dianggotai oleh anak muda Temerloh.

“Tahniah di atas kejuaraan yang dimenangi pasukan ini dalam Kejohanan liga bolasepak yang berlangsung di Kuala Lumpur. Sedikit sebanyak membawa nama Temerloh diperingkat luar negeri,” katanya- UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit